Cari:
Pegawai Vietnam Puji Hasil LMC
2017-12-17 14:46:08 CRI Cetak

Mekanisme Kerjasama Sungai Lancang-Mekong (LMC) yang mula dilaksanakan pada lebih setahun yang lalu telah mencapai hasil yang penting yang tidak terlepas dari peranan utama yang dimainkan China.

Demikian dinyatakan seorang anggota Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Perlindungan Alam Sekita Vietnam ketika diwawancara oleh wartawan di Hanoi kelmarin.

Pegawai itu menyatakan bahawa kebanyakan 45 buah projek yang ditetapkan dalam Sidang Pemimpin LMC yang diadakan buat pertama kalinya pada Mac tahun lalu, telah selesai dilaksanakan atau berada dalam pelaksanaan yang disokong dengan kemajuan yang benar-benar. Ini merupakan kejayaan yang penting sejak mekanisme LMC dibentukkan.

Tambah beliau, mekanisme pertemuan termasuk sidang pemimpin dan sidang menteri-menteri luar LMC menyediakan wahana yang penting bagi pelbagai negara terlibat saling memahami dan saling membantu dengan sama rata, dan boleh bertukar-tukar pendapat dengan sikap terus terang tentang isu yang menjadi tumpuan bersama termasuk sumber air sehingga meningkatkan persafahaman dan kerjasama.

Pegawai itu menegaskan bahawa China telah memainkan peranan yang aktif dalam menganjurkan pembentukan mekanisme LMC dan pembangunan berterusan sungai Lancang-Mekong bahkan memelihara kestabilan rantau ini dalam jangka masa yang panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China