Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter yang melanda Jawa Barat, Indonesia pada 15 Disember lalu dilaporkan berlaku akibat pelanggaran antara benua India-Australia dengan benua Eurasia.
Demikian maklum pegawai Pusat Gempa dan Tsunami, Biro Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia, Mochammad Riyadi.
Pada lewat malam 15 Disember, gempa kuat dikesan di Jawa Barat, disusuli amaran tsunami yang kemudiannya dibatalkan pada pukul 2.26 pagi berikutnya.
Riyadi menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan jangan menyebarkan khabar angin, serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan