Presiden Timor Leste, Francisco Guterres dalam kunjungan ke kapal hospital "Peace Ark" Tentera Laut China pagi semalam, menyanjung tinggi perkhidmatan perubatan kemanusiaan yang disediakan tentera China kepada rakyat negaranya.
Beliau berkata, lawatan "Peace Ark" ini dapat memupuk semangat muhibah dalam kalangan rakyat, sekali gus menjadi bukti kerjasama yang kian erat antara kedua-dua negara. Beliau mengalu-alukan kapal "Peace Ark" berkunjung lagi ke Timor Leste pada masa depan.
Guterres yang diiringi isteri, telah bersama-sama Duta Besar China ke Timor Leste, Liu Hongyang, Pengarah "Misi Harmoni 2017", Bai Lin serta Komisar Jin Yi melawat kapal "Peace Ark".
Sejak tiba di Dili, ibu negara Timor Leste pada 14 Disember lalu, pasukan perubatan "Peace Ark" seramai 33 orang telah memberikan perkhidmatan perubatan kepada 484 orang penduduk tempatan.