Cari:
Taufan Kai-tak Badai Filipina
2017-12-18 13:14:41 CRI Cetak

Taufan Kai-tak membadai Filipina pada petang 16 Disember lalu, membawa hujan lebat yang mengakibatkan banjir dan tanah runtuh di bahagian tengah negara itu.

Setakat ini, 26 orang maut di provinsi Biliran, manakala 23 lagi hilang. Di Leyte pula, sekurang-kurangnya tiga penduduk tempatan dilaporkan maut.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Bencana Filipina, lebih kurang 220 ribu orang terjejas ekoran taufan Kai-tak, antaranya 90 ribu orang telah dipindahkan ke 264 pusat perlindungan sementara.

Selain itu, bekalan elektrik di 39 bandar terganggu, sementara kemudahan awam mengalami kerosakan teruk.

Taufan Kai-tak, yang juga dipanggil Ribut Tropika Helen, sedang bergerak ke arah barat daya dengan kelajuan 15 kilometer sejam. Pulau Boracay dan Pulau Palawan antara tempat yang berada dalam laluan taufan itu.

Kai-tak diramalkan akan beredar dari Filipina pada 20 Disember ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China