Cari:
China Mahu Galakkan Hubungan dengan Kemboja
2017-12-19 14:01:24 CRI Cetak

Naib Ketua Turus Bersama Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Ma Yiming ditemui delegasi pegawai kanan tentera Kemboja yang diketuai oleh Timbalan Komander Tentera Diraja, Meas Sophea di Beijing semalam.

Ma berkata, Kemboja merupakan sahabat China yang ikhlas dan boleh dipercayai. Hubungan tentera China dan Kemboja terus meningkat. Pihaknya komited bersama-sama dengan Kemboja melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, terus saling menyokong, memperkasakan kerjasama, menggalakkan hubungan dua hala serta menyumbang kepada keamanan dan ketenteraman serantau.

Meas Sophea pula berkata, Kemboja menghargai persahabatan antara tentera kedua-dua negara. Kerajaan dan tentera Kemboja sentiasa mengamalkan dasar bersahabat dengan China. Tentera kedua-dua negara diharap mengintensifkan interaksi dan kerjasama demi memelihara kepentingan bersama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China