Cari:
China Sedia Bekerjasama Majukan Platform LMC
2017-12-19 15:41:10 CRI Cetak

China bersedia terus bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk membina Zon Pembangunan Ekonomi Lembangan Sungai Lancang-Mekong dan komuniti berkongsi nasib sesama negara di subkawasan berkenaan demi manfaat rakyat serantau.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua berkata, selain merumuskan pengalaman dan hasil usaha bersama, mesyuarat Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) kali ini turut merancang hala tuju pembangunan pada masa depan.

Beberapa projek akan dibangunkan dengan sokongan tabung LMC, termasuk pembentukan sebuah platform talian penting maklumat kerjasama melibatkan kesemua enam anggota.

Hasil mesyuarat antara para menteri luar, Pelan Tindakan Lima Tahun LMC telah dilakar, berserta senarai projek kerjasama kumpulan kedua dan laporan kumpulan kerja bersama mengenai kawasan keutamaan yang akan diteliti semasa sidang kemuncak pemimpin yang bakal diadakan.

Kata Hua, LMC merupakan mekanisme kerjasama subkawasan baharu, yang juga platform baharu bagi Kerjasama Selatan-Selatan. China menyarankan agar mekanisme LMC dipertingkat dalam enam aspek, iaitu pelaksanaan, skop kerjasama, perancangan, keupayaan, kesedaran serta keterbukaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China