Cari:
Mahasiswa NUOL Dianugerahi "Biasiswa Duta Besar China"
2017-12-20 14:28:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebanyak 50 mahasiswa cemerlang dari Universiti Kebangsaan Laos (NUOL) menerima anugerah "Biasiswa Duta Besar China" di Vientiane pada 19 Disember lalu.

Duta Besar China ke Laos, Wang Wentian dalam majlis penyampaian anugerah ini berkata, pendidikan adalah komponen penting dalam kerjasama antara China dengan Laos.

China bersedia membantu Laos dalam latihan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi agar menyumbang kepada pembangunan negara itu.

Presiden NUOL, Somsy Yophansay mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Besar China atas anugerah biasiswa tersebut.

Beliau berkata, kerajaan China memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan Laos. "Biasiswa Duta Besar China" yang menyediakan bantuan kepada mahasiswa miskin namun berilmu dipuji memainkan peranan positif dalam latihan modal insan dan pembangunan sosioekonomi Laos.

Difahamkan, sebanyak 182 mahasiswa dari NUOL telah mendapat manfaat daripada program "Biasiswa Duta Besar China" dalam tempoh empat tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China