Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan akta undang-undang pembaharuan cukai, dengan rancangan menyalurkan sebahagian besar pendapatan cukai yang ditambah kepada pembinaan prasarana.
Akta baharu ini menaikkan paras minimum layak dikenakan cukai pendapatan individu selain menurunkan jumlah cukai yang dikenakan ke atas sesetengah individu. Rakyat berpendapatan kurang daripada 250 ribu peso, atau kira-kira 20 ribu ringgit setahun tidak akan dikenakan cukai pendapatan.
Dalam pada itu, kerajaan akan memperluas skop cukai nilai tambah (VAT) dan meningkatkan cukai penggunaan terhadap minyak, kereta, rokok dan minuman manis.
Menurut jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Harry Roque, akta undang-undang ini akan menambah 12 bilion peso (972 juta ringgit) dalam pendapatan cukai pada tahun depan. Antaranya 70% akan diperuntukkan dalam pembinaan prasarana, manakala bakinya dalam kebajikan awam seperti pendidikan, perubatan dan perumahan.