Cari:
Perikatan Media Baharu China-ASEAN Ditubuhkan
2017-12-20 14:27:44 CRI Cetak

Majlis penubuhan Perikatan Media Baharu China-ASEAN diadakan di Pusat Budaya China Bangkok pada 18 Disember lalu.

Delegasi dari Radio Antarabangsa China (CRI) yang sedang melawat Thailand, serta Timbalan Pengarah Pusat Budaya China Bangkok, Zhang Bo, Ketua Pegawai Strategi dan Kewangan Pertubuhan Komunikasi Massa Thailand (MCOT), Nanthasit Leksrisakul dan 200 wakil dari 20 persatuan menghadiri majlis itu.

Pengarah Pusat Berita CRI, Luo Hongbing mewakili CRI menyampaikan tahniah atas penubuhan perikatan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa media dan syarikat dari China, seperti CRI, Agensi Berita Xinhua cawangan Bangkok serta syarikat Huawei dan TCL, akan bekerjasama dengan syarikat China di Thailand serta operator telekomunikasi tempatan untuk mengumpulkan produk video bagi membina platform yang meliputi seluruh Asia Tenggara.

Platform itu akan menawarkan program televisyen, filem, drama, dokumentari dan kandungan ilmiah dari negara-negara ASEAN kepada 625 juta pengguna di Asia Tenggara dan 1.3 bilion pengguna di China.

Nanthasit Leksrisakul berkata, Perikatan Media Baharu China-ASEAN ini akan menjadi platform yang boleh mendorong kerjasama antarabangsa, di samping meningkatkan perkongsian sumber media. 

Selain itu, agensi berkaitan dari China dan Thailand juga menantatangani perjanjian kerjasama strategik media baharu pada hari yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China