Cari:
Seksyen Pertama Landasan HSR China-Thailand Diluluskan
2017-12-20 14:57:22 CRI Cetak

Kabinet Thailand telah meluluskan pembinaan seksyen pertama projek landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang akan dibangunkan melalui usaha sama dengan China Railway.

Menteri Pengangkutan Thailand, Arkom Termpittayapaisith dalam sidang media semalam memaklumkan bahawa pembinaan seksyen pertama sepanjang 3.5 kilometer akan dimulakan esok.

Kata beliau, tender bagi pembinaan tiga lagi seksyen dalam projek ini sudah dibuka untuk bidaan.

Projek landasan HSR ini merupakan yang pertama di Thailand, dan menghubungkan Bangkok dengan Nakhon Ratchasima di timur laut negara itu yang sepanjang 253 kilometer, dengan kereta api berkelajuan maksima 250 kilometer sejam.

Projek ini akan meningkatkan status Thailand sebagai hab pengangkutan di semenanjung Indochina, di samping menjana ekonomi Thailand dan negara-negara serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China