Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Thailand, Lyu Jian ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha di pejabat Perdana Menteri di Bangkok semalam.
Lyu Jian berkata, China amat mementingkan peranan Thailand dalam kerjasama Lancang-Mekong serta kerjasama China-ASEAN. China bersedia bekerjasama dengan Thailand agar membuat sumbangan baharu untuk memangkin pembangunan bersama serantau.
Prayuth pula berkata, Thailand menyokong pembinaan inisiatif 'Jalur dan Laluan' (B&R) serta program 'Buatan China 2025'. Negaranya akan bersama-sama dengan China untuk memajukan kerjasama bilateral dalam sektor ekonomi dan perdagangan, pelancongan, hasil pertanian, latihan vokasional serta inovasi sains dan teknologi.
Thailand turut mengalu-alukan lebih banyak syarikat China terlibat dalam pembinaan Koridor Ekonomi Timur Thailand (EEC).