Cari:
Sidang Kemuncak Media Kerjasama Lancang-Mekong 2017
2017-12-21 14:16:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sidang Kemuncak Media Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) 2017 anjuran akhbar Renmin Ribao China diadakan di Beijing pada 20 Disember lalu.

Sidang kemuncak yang bertemakan "komuniti berkongsi nasib bersama Lancang-Mekong, era baharu bagi kerjasama media", disertai wakil dari 34 media perdana dari negara-negara di kawasan lembangan Sungai Lancang-Mekong iaitu China, Kemboja, Thailand, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Para peserta masing-masing mengemukakan cadangan dan saranan untuk mengintensifkan kerjasama antara kalangan media serta membina komuniti berkongsi nasib bersama Lancang-Mekong yang lebih kukuh.

Deklarasi Bersama Media Kerjasama Sungai Lancang-Mekong turut dimeterai dalam sidang kemuncak tersebut.

Difahamkan, sidang tahun depan dijadualkan di Laos yang dipilih sebagai negara tuan rumah bersama LMC bagi tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China