Cari:
China, Laos, Ikrar Bina Landasan "Bersih"
2017-12-21 16:35:28 CRI Cetak

China Railway dan syarikat-syarikat kerjasama yang terlibat dalam projek landasan kereta api China-Laos telah melantangkan ikrar untuk memastikan projek tersebut tidak dicemari rasuah.

Komitmen itu dibuat dalam satu majlis yang diadakan semalam di depan Terowong Youyi di pekan Mengla, Xishuangbanna, yang terletak di sempadan China dengan Laos.

Landasan kereta api China-Laos merupakan projek kesalinghubungan yang penting dalam inisiatif "Jalur dan Laluan"(B&R).

Mencegah rasuah dan salah laku di setiap fasa projek ini merupakan tanggungjawab semua pihak terlibat, dan penting bagi menjamin rakyat dapat menikmati limpahan manfaat yang dibawa usaha sama ini.

Selain merancakkan ekonomi kedua-dua negara, projek landasan kereta api China-Laos ini akan mempererat persahabatan dan memacu pembangunan B&R pada masa depan.

Landasan 414 kilometer yang menelan kos lebih RMB37 bilion (RM23 bilion), direka untuk kereta api berkelajuan maksima 160 kilometer sejam. Kerja pembinaan telah dimulakan pada Disember tahun lalu, dan dijangka beroperasi pada 2021.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China