Cari:
Lawatan "Peace Ark" ke Timor Leste Berhasil
2017-12-22 13:17:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kapal hospital "Peace Ark" Tentera Laut China yang menjalankan Misi Harmoni 2017 telah menyelesaikan lawatan muhibah dan perkhidmatan kemanusiaan selama lapan hari di Timor Leste pada 21 Disember lalu.

Lawatan "Peace Ark" kali ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan. Ramai penduduk mengunjungi kapal hospital itu untuk menerima rawatan.

"Peace Ark" yang sudah menjadi ikon China, turut disanjung tinggi oleh pertubuhan antarabangsa dan diplomat-diplomat ke Timor Leste dari pelbagai negara.

Selepas membuat kunjungan ke kapal hospital "Peace Ark", wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Rajesh Pandav memuji perkhidmatan pasukan perubatan China dan menyifatkan "Peace Ark" memperlihatkan imej China yang bertanggungjawab kepada dunia.

Kapal hospital "Peace Ark" berlepas dari Zhoushan, provinsi Zhejiang China pada 26 Julai lalu untuk lawatan muhibah dan menawarkan perkhidmatan perubatan kemanusiaan di Afrika dan Asia. Kapal itu dijadualkan tiba ke pelabuhan Zhoushan pada 28 Disember ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China