Cari:
Li Keqiang Utus Kawat Tahniah Atas Seksyen Pertama Landasan HSR China-Thailand
2017-12-22 11:00:41 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengutus kawat tahniah atas permulaan seksyen pertama landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) usaha sama China dengan Thailand.

Upacara pecah tanah seksyen tersebut diadakan semalam, dihadiri Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha.

Menurut Li, projek landasan HSR ini antara projek utama dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang berteraskan prinsip berbincang bersama, membangun bersama dan berkongsi, serta kerjasama kapasiti pengeluaran China-Thailand.

Projek ini akan memajukan prasarana dan kesalinghubungan Thailand dan rantau berkenaan, menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan di negara itu, serta mewujudkan kemakmuran serantau dan menambah baik kesejahteraan rakyat tempatan.

Tambah beliau, China mementingkan hubungan dengan Thailand. Projek ini menjadi wadah baharu bagi kedua-dua negara terus memperkasakan kerjasama pragmatik dan mengintensifkan perkongsian strategik demi kepentingan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China