Cari:
Hospital Daw Khin Kyi Myanmar Dibuka Semula
2017-12-24 14:46:37 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Projek untuk membaik pulih dan menaik taraf Hospital Obstetrik dan Ginekologi Daw Khin Kyi Myanmar telah selesai dan hospital berkenaan dibuka semula di Yangon, Myanmar pada 23 Disember lalu.

Majlis perasmian dihadiri Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, isteri Duta Besar China ke Myanmar, Wang Xuehong dan wakil-wakil kedua-dua negara.

Projek penaiktarafan tersebut dibiayai bersama oleh Kedutaan Besar China ke Myanmar dan Tabung Kedamaian dan Pembangunan China (CFPD). Manakala syarikat Sinopharm Group China mendermakan peralatan, kelengkapan dan perabot perubatan, selain menawarkan kursus latihan kepada doktor dan jururawat di hospital tersebut.

Daw Khin Kyi, ibu bagi Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi merupakan pengasas bagi hospital tersebut.

Sebelum ini, hospital itu menghadapi kesukaran besar kerana kekurangan modal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China