Pejabat Konsul Laos di Changsha, provinsi Hunan dibuka secara rasmi pada 23 Disember lalu, menjadi pejabat konsul keenam Laos di China.
Pejabat itu adalah perwakilan Laos bagi provinsi Hunan, Hubei, Henan dan Guizhou.
Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith dalam majlis perasmian berkata, Laos mementingkan hubungan dengan Hunan. Kerjasama yang semakin diintensifkan dapat merancakkan perdagangan dan interaksi peniaga, sekali gus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif Laos-China.
Beliau berkata, ramai orang dari Hunan kini menjalankan urus niaga di Laos, manalaka hampir 200 pelajar dari Laos melanjutkan pelajaran di provinsi itu. Hal ini merupakan asas bagi memperkasakan kerjasama pada masa depan.
Tahun 2018 merupakan tahun pelancongan Laos. Saleumxay mengalu-alukan lebih ramai penduduk dari Hunan dan provinsi sekitarnya mengunjungi Laos pada tahun depan.