Cari:
Thailand Pinda Undang-undang Parti Politik
2017-12-25 14:33:35 CRI Cetak

Kerajaan Thailand mengumumkan perintah Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) untuk meminda Undang-undang Parti Politik, menarik balik larangan kegiatan parti secara berperingkat.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam menyatakan, beberapa larangan akan dilonggarkan dahulu sebelum larangan kegiatan parti dibatalkan sepenuhnya. Perhimpunan parti bagaimanapun hanya dibenarkan selepas larangan tersebut mansuh seluruhnya.

Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha sebelum ini menyatakan bahawa beliau akan mengumumkan tarikh pilihan raya pada Jun tahun depan. Pilihan raya dijangka diadakan pada November 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China