Cari:
Delegasi PKC Adakan Taklimat di Kemboja
2017-12-27 15:06:11 CRI Cetak

Delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai Presiden Akademi Sains Sosial China (CASS), Wang Weiguang melawat Kemboja pada 23 hingga 26 Disember lalu.

Delegasi PKC telah mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Parti Rakyat Kemboja (CPP), Say Chhum, ahli Jawatankuasa Pusat CPP, Tep Ngorn dan Presiden Parti Funcinpec, Norodom Ranariddh.

Dalam taklimat dengan pelbagai parti politik, kumpulan pemikir dan media tempatan, delegasi PKC menerangkan pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu yang dikemukakan oleh Xi Jinping.

Pihak Kemboja menilai tinggi kongres kebangsaan ke-19 PKC dan menyatakan kesediaan menggunakan peluang ini untuk mempercepat penyelarasan strategi pembangunan dengan China, sekali gus menggalakkan perkongsian strategik komprehensif terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China