Enam kapal peronda berlepas dari pelabuhan Guanlei, China semalam untuk memulakan misi bersama ke-65 di Sungai Mekong melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand.
Laluan rondaan lebih 500 kilometer hingga ke perairan Segitiga Emas di sempadan Laos, Myanmar dan Thailand bagi membanteras jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan barang dan manusia.
Sebelum ini, penguat kuasa undang-undang dari empat negara terlibat bermesyuarat di Jinghong, China untuk berkongsi maklumat yang diperoleh sejak rondaan terakhir, menganalisis situasi dan masalah keselamatan, serta membincangkan pelan tindakan bagi menjayakan misi kali ini.