Dalam acara promosi pelancongan sempena rali itu, negara-negara terlibat menyatakan hasrat untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam sektor berkenaan.
Pada awal tahun ini, laluan penerbangan carter terus antara Bandar Seri Begawan, Brunei dengan Xi'an, China dibuka, selepas perjanjian kerjasama ditandatangani antara syarikat Penerbangan DiRaja Brunei dengan China.
Laluan serupa ke Kunming dan Nanning turut dibuka pada Julai lalu.
Selain itu, Brunei juga melonggarkan dasar visa sewaktu ketibaan (VOA) terhadap pelancong China.
China kini menjadi sumber pelancong terbesar bagi ASEAN. Jumlah orang yang ulang-alik antara kedua-dua pihak mencecah 38 juta pada 2016.
Li Jinzao, Pengerusi Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China (CNTA) berkata, pelancongan dapat mempererat hubungan politik dan ekonomi serta pertukaran sosiobudaya antara China dengan ASEAN. Sektor itu adalah tonggak utama dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.