Cari:
Filipina Bangun Semula Marawi
2017-12-28 11:15:37 CRI Cetak

Kerajaan Filipina telah menyerahkan 551 unit kediaman sementara kepada keluarga yang menjadi mangsa perang di Marawi. Latihan kemahiran turut ditawarkan untuk membantu mereka mendapat pekerjaan.

Demikian diumumkan oleh jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Harry Roque dalam sidang akhbar di wisma Parlimen Mindanao semalam.

Menurut beliau, kerajaan sedang membina 1,170 unit kediaman sementara di Barangay Sagonsongan, 551 daripadanya siap dibina setakat 26 Disember lalu.

Selain itu, syarikat Pagcor juga akan menyediakan 300 unit rumah.

Menteri Perdagangan dan Industri, Ramon Lopez berkata, pihaknya telah melancarkan lebih 500 program latihan vokasional, serta mengatur usahawan tempatan mempromosi produk mereka dalam pameran perdagangan.

Kerajaan akan membuka pasar awam, pasar makanan dan kedai-kedai kecil di Marawi bagi menjana ekonomi tempatan dan mencipta peluang kerja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China