Taklimat mengenai forum sepuluh jenama disyorkan dan sepuluh tokoh berpengaruh China-ASEAN diadakan di Nanning, wilayah Guangxi semalam.
Forum tersebut dijadualkan pada Mac tahun depan, anjuran bersama portal ASEAN China.com.cn serta persatuan-persatuan lain.Wakil syarikat dan tokoh dari China dan ASEAN akan menggunakan wadah itu untuk mempromosikan jenama sendiri, berinteraksi dan saling belajar, serta membincangkan kerjasama.
Kounselor perdagangan Myanmar di China, Thet Lwin Oo berkata, forum tersebut akan meningkatkan pengaruh jenama China dan ASEAN. Beliau menggalakkan penglibatan syarikat Myanmar untuk mengintensifkan kerjasama demi kemakmuran dan pembangunan bersama.