Rali Antarabangsa China-ASEAN 2017 sampai ke garis penamat, di Universiti Indonesia, Jakarta semalam.
Kuasa Usaha Sementara China ke ASEAN, Jiang Qin menyatakan bahawa aktiviti yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN dan tahun pelancongan China-ASEAN itu amat bermakna.
Tahun depan merupakan ulang tahun ke-15 perkongsian strategik China-ASEAN serta tahun inovasi China-ASEAN.
Perlumbaan ini diharap terus mempromosikan program kerjasama sosiobudaya hingga menjadikan interaksi berkenaan tonggak ketiga hubungan China-ASEAN.
Timbalan Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN, Dr. AKP Mochtan pula berkata, rali ini bukan sahaja merapatkan lagi persahabatan antara China dengan negara-negara ASEAN, malah meningkatkan pemahaman terhadap budaya dan tradisi negara-negara terlibat.