Cari:
Panda China Terus Popular di Indonesia
2017-12-29 12:28:48 CRI Cetak

Tepat tiga bulan telah berlalu sejak dua panda China, "Caitao" dan "Huchun" tiba di Bogor, Indonesia.

Meskipun bukan hari cuti umum, rumah panda di Taman Safari Bogor semalam dibanjiri pengunjung yang sanggup berbaris selama sejam untuk melihat dua panda tersebut.

Maklum pengarah taman safari itu, dalam tempoh cuti sempena Hari Natal lalu, kereta berbaris di luar taman sepanjang beberapa kilometer. Kesemua lapan pintu dibuka, namun masih tidak cukup untuk menampung pengunjung.

Kata beliau, ada pengunjung berada di taman selewat pukul 10 malam.

Pada 28 September lalu, dua ekor panda China itu dibawa dari provinsi Sichuan ke Jakarta dengan menaiki pesawat khas Garuda, dan ditempatkan di rumah panda Taman Safari Bogor pada hari yang sama. Rumah panda itu dibuka kepada pengunjung pada 26 November lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China