Cari:
Pejabat Konsul Laos di Changsha Mula Urus Visa
2017-12-29 11:18:43 CRI Cetak

Pejabat Konsul Laos di Changsha, provinsi Hunan China mula beroperasi secara rasmi untuk urusan permohonan visa.

Luo Fumin, peniaga dari provinsi Hunan yang sudah lima tahun berniaga di Laos, menjadi pemohon pertama yang mendapatkan visa dari pejabat konsul itu.

Di provinsi Hunan sahaja, terdapat kira-kira 100 ribu peniaga yang menjalankan perniagaan di Laos seperti Luo Fumin.

Pejabat Konsul Laos di Changsha ini adalah pejabat perwakilan Laos yang keenam di China, dan menyediakan perkhidmatan kepada provinsi Hunan, Hubei, Henan dan Guizhou.

Difahamkan, permohonan visa biasanya dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hari, manakala visa pantas boleh diperoleh dalam masa sehari.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China