Cari:
Pusat Kerjasama Keselamatan Lancang-Mekong Dirasmikan
2017-12-29 12:43:23 CRI Cetak

Majlis perasmian Pusat Kerjasama Keselamatan Penguatkuasaan Undang-Undang Lancang-Mekong diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan China semalam.

Penubuhan pusat itu menandakan permulaan bagi kerjasama keselamatan yang lebih holistik antara kerajaan melibatkan negara-negara di lembangan Sungai Lancang-Mekong.

Zheng Baigang dari China akan menjawat jawatan Setiausaha Agung bergilir pertama pusat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) yang juga wakil Kementerian Keselamatan Awam China, Liu Yuejin menyatakan bahawa penubuhan pusat itu signifikan bagi kerjasama keselamatan di daerah aliran sungai berkenaan. Pusat itu juga dilihat sebagai respons bersama semua negara terlibat untuk menghadapi perubahan situasi dan cabaran terhadap keselamatan serantau.

Menurut beliau, China bersedia berusaha bersama-sama semua negara terlibat untuk mendorong perkembangan pusat tersebut, membina koridor Lancang-Mekong yang selamat, serta komuniti berkongsi nasib keselamatan Lancang-Mekong, sebagai sumbangan baharu kepada kemakmuran dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China