Cari:
Thailand Pertimbang Semula Kelajuan Maksimum Kereta Api
2017-12-29 13:31:46 CRI Cetak

Thailand sedang mempertimbangkan semula kelajuan maksima bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Bangkok-Chiang Mai yang dibina atas usaha sama dengan Jepun, untuk mengurangkan kos operasi.

Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak berkata, kelajuan maksimum 300 kilometer sejam yang dicadangkan dahulu akan diturunkan kepada 180 hingga 200 kilometer sejam, mengikut arahan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha.

Akhbar Nihon Keizai Shimbun Jepun pula mendedahkan bahawa laporan yang diserahkan Jepun kepada Thailand menetapkan bajet bagi projek ini pada kira-kira 420 bilion baht (lebih 52 bilion ringgit).

Jumlah ini merangkumi bantuan pinjaman daripada pihak Jepun, namun masih dianggap membebankan bagi Thailand.

Somkid berkata, projek ini dahulu dianggap berbaloi kerana menghubungkan Thailand dengan China melalui provinsi Yunnan. Namun, China pada masa ini sedang membangunkan projek serupa yang menyambungkan Laos dengan Thailand. Maka, projek Bangkok-Chiang Mai perlu dikaji semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China