Cari:
Kerjasama Kewangan Rentas Sempadan Rancak Perdagangan China-Laos
2017-12-30 14:14:07 CRI Cetak

Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan Laos terus berkembang berkat pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Pada setengah pertama tahun ini, perdagangan antara China dengan Laos mencatat USD1.5 bilion, meningkat 23.5% berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus meletakkan China sumber pelaburan terbesar dan rakan dagang kedua terbesar bagi Laos.

Sebelum itu, kekurangan perkhidmatan kewangan rentas sempadan telah menyukarkan syarikat China untuk membuat pelaburan di Laos kerana terpaksa membawa sejumlah besar wang tunai.

Yunnan adalah satu-satunya provinsi di China yang bersempadan dengan Laos, dengan garis sempadan 710 kilometer.

Pada Januari 2014, Bank Laos-China (LCNB) ditubuhkan di Vientiane, hasil kerjasama bank komersial di Yunnan, Bank Fudian dengan Bank Perdagangan Luar Awam Laos (BCEL) untuk memperbanyak perkhidmatan kewangan bagi perdagangan bilateral.

Fudian juga menjadi bank pertama yang mengeluarkan nilai pertukaran antara renminbi (RMB) dengan Kip Laos (LAK), selain memeterai perjanjian penghantaran rentas sempadan wang tunai RMB dengan LCNB.

Kini, Bank Fudian mampu menyediakan perkhidmatan penjelasan rentas sempadan dengan menggunakan RMB, LAK, baht Thai (THB) dan dong Vietnam (VND).

Hal ini turut memudahkan dan merancakkan pelancongan dan perdagangan antara Yunnan dengan negara jiran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China