Jerayawara filem China dan Kemboja kedua diadakan di Kaunti Svay Chrom dan bandar Bavet, wilayah Svay Rieng, Kemboja baru-baru ini.
Aktiviti yang juga dikenali sebagai "panggung wayang luar" itu telah menarik kedatangan lebih 1,200 penonton.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Kaunti Svay Chrom, Ouk Kimny berkata, penganjuran aktiviti itu bakal membantu meningkatkan lagi interaksi dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat kedua-dua negara, di samping membolehkan rakyat Kemboja lebih memahami budaya China.
Aktiviti tersebut dianjurkan bersama oleh Kedutaan Besar China di Kemboja, Stesen Persahabatan China-Kemboja, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Kemboja, Kementerian Maklumat Kemboja dan Persatuan Belia Kemboja.