Cari:
Stesen Hidroelektrik 'Se San 2' Kemboja Beroperasi
2018-01-02 14:49:15 CRI Cetak

Unit generator kedua Stesen Janakuasa Hidroelektrik 'Se San 2 Hilir' Kemboja selesai menjalankan ujian percubaan selama 72 jam dan mula beroperasi sepenuhnya kelmarin, lebih awal daripada dijadualkan.

Menurut jurucakap stesen tersebut, empangan 'Se San 2 Hilir' menadah air sepanjang 6.5 kilometer seksyen Sungai Se San di wilayah Stung Treng, dengan kapisiti 400 ribu kilowatt yang dijana menggunakan lapan turbin.

Stesen 'Se San 2' merupakan salah satu projek di bawah kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R) serta strategi tenaga negara Kemboja, dan dijangka mampu membekalkan 1.97 bilion kilowatt-jam elektrik setahun, iaitu seperlima kapasiti penjanaan seluruh negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China