Cari:
China, ASEAN Singkap Lembaran Baharu Kerjasama
2018-01-02 11:46:44 CRI Cetak

China dan ASEAN bakal menyingkap lembaran baharu dalam kerjasama ekonomi antara satu sama lain pada tahun 2018.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan China-ASEAN (CABC), Xu Ningning ketika diwawancara baru-baru ini.

Beliau melihat peluang kerjasama China-ASEAN amat optimistik.

Menurut Xu, pertumbuhan ekonomi di lima buah negara ASEAN, iaitu Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Filipina dijangka meningkat 6% atau lebih dalam tempoh 2017 hingga 2018. Indonesia, Singapura, Malaysia dan Thailand pula menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik pada 2017 berbanding sebelumnya.

Pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah menjadi komponen penting dalam proses integrasi ekonomi ASEAN, yang sekali gus memangkin kerjasama ekonomi China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China