"Taman Tandas" di Chumphon, selatan Thailand menarik kedatangan ramai pelancong dari seluruh pelosok dunia, dengan susun atur taman yang unik memaparkan tandas istimewa dan kreatif sebagai komponen landskap.
Di Thailand, kedudukan tandas sering dikatakan sama pentingnya dengan restoran.
Lokasi Thailand di kawasan tropika yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun memudahkan pembiakan nyamuk dan lalat yang membawa penyakit berjangkit, sekiranya kebersihan tidak dijaga.
Untuk mengelakkan wabak penyakit, tandas di Thailand sentiasa bersih dan tidak berbau, meskipun di rumah-rumah biasa malah di tempat terpencil, apatah lagi di lokasi awam seperti pusat beli-belah, restoran, kuil dan tempat inap.
Pada Hari Tandas Dunia 2017, Kementerian Kesihatan Thailand memaklumkan bahawa dalam tempoh 10 tahun lalu, perkadaran tandas di seluruh negara yang memenuhi standard kebersihan yang ditetapkan melebihi 70%.
Pada tahun 2016, lebih 32 juta pelancong asing berkunjung ke Thailand. Selain pemandangan tropika dan sosiobudaya yang memikat, infrastruktur yang sempurna turut menjadi faktor penarik kedatangan pelancong.