Cari:
Dana Khas LMC untuk Laos Diluluskan
2018-01-03 13:21:33 CRI Cetak

Peruntukan dana khas kumpulan pertama tabung Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) terhadap Laos telah diluluskan dengan pemeteraian dokuman berkenaan oleh Duta Besar China ke Laos, Wang Wentian dan Timbalan Menteri Luar Laos, Kanpau Intawan di Vientiane semalam.

Sebanyak 13 projek di Laos akan dibiayai dana khas berjumlah USD3.5 juta (RM14 juta), yang melibatkan pemantauan hidrologi, industri pembuatan, maklumat dan telekomunikasi, serta latihan tenaga manusia.

Wang menyanjung tinggi usaha gigih Laos, yang dilihat penting bagi pembangunan mekanisme LMC. Beliau berkata, China akan berusaha bersama-sama Laos dalam pelaksanaan projek kumpulan pertama ini, agar menjadi contoh bagi kerjasama di bawah rangka LMC.

Kanpau Intawan pula menyampaikan terima kasih atas sokongan China. Beliau yakin dana khas ini akan memacu pembangunan sosioekonomi Laos dan terus mengintensifkan hubungan Laos-China dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China