Cari:
Jambatan Rentas Laut Pertama Brunei
2018-01-03 11:25:44 CRI Cetak

Jambatan Pulau Muara Besar (PMB) di Brunei Darrusalam bakal menjadi jambatan rentas laut berskala besar yang pertama bagi negara itu selepas pembukaan rasminya pada bulan April akan datang.

Jambatan sepanjang 5,915 meter itu menghubungkan kawasan Muara dengan Pulau Muara Besar.

Projek jambatan PMB dibangunkan secara usaha sama antara Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan China (CHEC) dengan pihak Brunei, melibatkan kontrak bernilai RMB1.273 bilion (RM788 juta) dan tempoh pembinaan 30 bulan.

Ketua kontraktor pihak China, Wu Wei memaklumkan bahawa projek tersebut berjalan lancar.

Menurut rakan kongsi pihak Brunei, masyarakat setempat amat menumpukan projek tersebut, yang dianggap penting bagi menggalakkan pembangunan negara serta penerokaan industri penapisan minyak dan gas di PMB.

Projek jambatan itu turut mempercepat usaha membangunkan PMB sebagai zon industri bertaraf dunia, di samping membantu mencorak semula pola pembangunan ekonomi Brunei.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China