Cari:
30% Eksport Beras Kemboja ke China
2018-01-03 13:58:34 CRI Cetak

Jumlah beras yang dieksport Kemboja pada tahun 2017 mencecah 630 ribu tan. Antaranya, 30% dieksport ke China, iaitu pasaran terbesar bagi produk Kemboja.

Menurut laporan Pejabat Pengeksportan Beras Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja semalam, jumlah beras yang dieksport tahun lalu meningkat 17.3% berbanding tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menyebut bahawa terdapat lebih 80 syarikat di Kemboja yang mengendalikan pengeksportan beras ke lebih 70 negara dan kawasan di seluruh dunia. China, Kesatuan Eropah dan negara-negara ASEAN merupakan pasaran utama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China