Cari:
Singapura Masuk Era Tanpa Tunai
2018-01-04 11:13:58 CRI Cetak

Singapura telah menjadi pasaran tanpa tunai paling matang di rantau ASEAN, menurut satu laporan oleh United Overseas Bank Singapura.

Pada tahun 2017, jumlah transaksi dalam talian dan pembayaran melalui platform mudah alih mencatat 12 bilion dolar Singapura (36.3 bilion ringgit). Antaranya, transaksi menggunakan alat mudah alih berjumlah 47 juta dolar Singapura (142 juta ringgit).

Berikutan kadar pemilikan telefon pintar setinggi 85%, penggunaan perkhidmatan pembayaran mudah alih meningkat daripada 26% pada tahun 2016 kepada 40% pada tahun 2017.

Dianggarkan 60% populasi Singapura adalah pengguna platform beli-belah dalam talian. Populariti mod beli-belah ini sekali gus menjana permintaan terhadap perkhidmatan dompet digital.

Usaha kerajaan Singapura untuk mempromosikan mod pembayaran tanpa tunai turut menjadi penggerak bagi pertumbuhan sektor perkhidmatan berkenaan.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada tahun lalu pernah memuji kejayaan China dalam sektor tersebut dengan memetik contoh seperti Alipay dan WeChat. Beliau menggalakkan rakyat Singapura menimba pengalaman China, yang dikatakan antara terdepan di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China