Cari:
Duta Baharu China Serah Salinan Watikah Pelantikan
2018-01-04 12:36:20 CRI Cetak

Duta Besar baharu China ke Indonesia, Xiao Qian semalam menyerahkan salinan watikah pelantikannya kepada Andri Hadi, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Protokol dan Konsular, Kementerian Luar Indonesia.

Xiao Qian mengucapkan terima kasih atas layanan ramah kerajaan Indonesia serta kemudahan-kemudahan lain yang disediakan.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana dilantik pada tempoh penting hubungan China-Indonesia berkembang mantap secara menyeluruh.

Katanya, kongres kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) telah diadakan dengan jayanya, dan pembangunan sosialis yang bercirikan China memasuki era baharu, menyediakan peluang baharu kepada perkembangan hubungan dua hala.

China melihat Indonesia sebagai jiran baik dan rakan penting di rantau ini bahkan dunia.

China bersedia bersama-sama Indonesia melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, mengekalkan momentum pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, memperluas kerjasama pragmatik serta merancakkan pertukaran sosiobudaya, untuk mendorong perkembangan perkongsian strategik komprehensif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China