Cari:
Ekonomi Indonesia Tumbuh 5.05% pada 2017
2018-01-05 13:25:49 CRI Cetak

Data yang diumumkan Bank Indonesia kelmarin menunjukkan ekonomi negara itu tumbuh pada kadar 5.05% tahun lalu.

Walaupun gagal mencapai sasaran 5.2% yang diunjurkan dalam Bajet Negara pindaan 2017, namun angka itu lebih baik daripada tahun 2015 dan 2016 yang masing-masing hanya merekodkan pertumbuhan 4.9% dan 5.02% .

Gabenor Bank Indonesia, Agus Martowardojo berkata, pencapaian itu hasil suasana eksport dan pelaburan yang bertambah baik.

Setakat November tahun lepas, lebihan dagangan Indonesia mencatat USD12 bilion (RM48 bilion), manakala rizab pertukaran asing mencecah USD135.95 bilion (RM560 bilion). Kadar inflasi pula kekal dalam julat 3% hingga 3.5%.

Menurut Agus, ekonomi Indonesia pada tahun ini dijangka mampu mewujudkan pertumbuhan pada kadar 5.1% hingga 5.5%.

Wakil Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla pula berkata, salah satu faktor yang mengekang pertumbuhan ekonomi adalah infrastruktur yang kurang maju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China