Cari:
Filipina Yakin Pertumbuhan Ekonomi 7%-8%
2018-01-05 11:02:11 CRI Cetak

Ekonomi Filipina dijangka meningkat 7% hingga 8% pada tahun 2018, susulan pelaksanaan strategi serampang dua mata melibatkan pelan pembangunan infrastruktur berskala mega pada tahun lalu serta pembaharuan cukai pada tahun ini.

Naib Setiausaha Kewangan Filipina, Gil Beltran memaklumkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu meningkat 6.7% pada tiga suku pertama 2017, iaitu dalam julat 6.5% hingga 7.5% yang disasarkan kerajaan sebelum ini.

Menurut beliau, pertumbuhan tersebut dijana oleh penggunaan domestik yang kukuh serta perbelanjaan dan pelaburan fiskal yang lebih memberangsangkan.

Pada tahun ini, beberapa projek infrastruktur termasuk pembinaan landasan kereta api bawah tanah yang pertama bakal dijalankan, sementara dasar pembaharuan cukai akan diperkenalkan.

Selain pertumbuhan ekonomi diunjurkan pada sekurang-kurangnya 7%, kerajaan yakin kadar inflasi dapat dikekalkan dalam julat yang terkawal pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China