Cari:
Lawatan PM Li Bantu Galak LMC
2018-01-05 13:17:26 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ke-2 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) yang dijadualkan di Phnom Penh, Kemboja pada 10 hingga 11 Januari nanti, serta mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Naib Menteri Luar China, Kong Xuanyou dalam satu taklimat media semalam menyatakan bahawa sidang tersebut signifikan kerana bertepatan dengan tempoh peralihan LMC dari fasa permulaan ke fasa perkembangan.

Para pemimpin akan mengusulkan inisiatif bagi menyuntik momentum baharu kepada perkembangan mekanisme itu pada masa depan.

LMC merupakan mekanisme kerjasama subkawasan baharu yang berteraskan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi, yang melibatkan enam negara di lembangan Sungai Lancang-Mekong.

Dalam tempoh hanya dua tahun sejak Sidang Kemuncak LMC pertama pada Mac 2016, rangka kerjasama "3+5" berpaksikan tiga tonggak iaitu keselamatan dan politik, ekonomi dan pembangunan mampan serta sosiobudaya telah dibentuk.

Rangka kerjasama itu memfokuskan lima bidang iaitu kesalinghubungan, kapasiti industri, ekonomi rentas sempadan, sumber air, serta pertanian dan pembasmian kemiskinan.

Menerusi mekanisme yang cekap dan berorientasikan kepentingan rakyat, 45 projek "tuaian awal" mencapai kemajuan ketara.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Kemboja.

Kong Xuanyou menyatakan bahawa hubungan kedua-dua negara ini sedang berkembang dengan stabil dan menyeluruh.

Lawatan PM Li amat bermakna bagi memperkukuh ikatan persahabatan dan perkongsian strategik komprehensif China-Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China