Cari:
"Konsert Tahun Baharu 2018: Mendekati ASEAN" di Nanning
2018-01-06 15:50:11 CRI Cetak
"Konsert Tahun Baharu 2018: Mendekati ASEAN" dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi, China semalam. Lebil 300 wakil diplomat dan pelajar dari pelbagai negara ASEAN termasuk Malaysia, Laos, Myanmar dan lain-lain menonton konsert tersebut.

Difahamkan, 8 artis dari Teater Guangxi mempersembahkan lagu tradisional 10 negara ASEAN dengan menggunakan alat muzik tradisional China.

Konsul Jeneral Malaysia ke Nanning berpendapat bahawa muzik adalah jiwa sesebuah bangsa. Beliau menanti-nantikan dapat meningkatkan komunikasi dan persefahaman antara rakyat China dengan rakyat ASAEN melalui muzik, menggalakkan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan berkongsi hasil kerjasama yang terbuka dan inklusif.

Konsert tersebut dianjurkan bersama-sama oleh Pusat Komunikasi Kebudayaan Antarabangsa Guangxi, Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara-negara Asing (CPAFFC) Bandar Nanning dan Muzium Bandar Nanning.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China