Cari:
Bekas Penasihat Presiden Myanmar Yakin Masa Depan LMC
2018-01-06 14:34:38 CRI Cetak

Sidang Pemimpin Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) ke-2 bakal diadakan di Kemboja minggu depan. Bekas penasihat Presiden Myanmar yang juga Pengerusi Pusat Penyelidikan Strategi dan Urusan Antarabangsa Myanmar, U Ko Ko Hlaing ketika diwawancara oleh wartawan CRI baru-baru ini telah memuji mekanisme LMC lebih efisien berbanding dengan mekanisme serupa dan beliau penuh keyakinan terhadap masa depan kerjasama itu.

U Ko Ko Hlaing menyatakan bahawa dalam tempoh dua tahun sejak sidang pemimpin LMC yang pertama diadakan pada Mac tahun 2016, mekanisme LMC telah mencapai hasil yang ketara, dan setiap negara anggota telah membina sekretariat berkenaan. Selain itu, kira-kira 80 buah projek "tuaian awal" dilaksanakan dengan lancar.

Tambah beliau, hasil yang dicapai melalui mekanisme LMC yang terkini menunjukkan negara anggota LMC lain amat memanfaatkan kerjasama dengan China.

Beliau yakin mekanisme LMC akan memelihara momentum yang semakin meningkat dan akan berkembang dengan stabil serta terus membuahkan hasil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China