Cari:
China Derma Kemudahan Rumah Mudah Alih kepada Myanmar
2018-01-07 15:20:33 CRI Cetak

Majlis penyerahan 100 set kemudahan rumah mudah alih yang didermakan China kepada Myanmar diadakan di Pelabuhan Industri Yangon semalam.

Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang berharap agar dermaan ini dapat digunakan membantu penempatan pelarian di negeri Rakhine dan pihaknya bersedia meneruskan bantuan seumpama itu. China mendukung usaha kerajaan Myanmar mengekalkan kestabilan di Rakhine dan menyeru masyarakat antarabangsa menyediakan bantuan yang bersifat membina. Pelan penyelesaian "tiga tahap" mengenai isu Rakhine yang dikemukakan China telah diterima dan diiktiraf masyarakat antarabangsa pada umumnya. China akan terus menyokong usaha Myanmar untuk mengekalkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan.

Menteri Pembinaan Myanmar, U Win Khaing mengucapkan terima kasih kepada China kerana kemudahan rumah mudah alih yang disumbangkannya pada Februari tahun 2016 berperanan besar di sebahagian kawasan bencana seperti negeri Rakhine.

Dimaklumkan lagi, China akan terus membekalkan sokongan teknikal untuk membantu Myanmar memasang dan menyusun kemudahan rumah mudah alih berkenaan, serta menganjurkan latihan yang selaras untuk teknisyen dari pihak Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China