Cari:
Najib: Kerajaan Tidak Tolak Ansur kepada Keganasan
2018-01-07 15:05:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerajaan Malaysia tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang melakukan tindakan keganasan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Demikian ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penutup Dialog Keselamatan Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu.

Najib dalam ucapannya berkata, meskipun kumpulan pelampau Daesh (IS) telah dilumpuhkan, tetapi ia masih merupakan ancaman yang besar bagi rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia pada masa ini.

Najib mengingatkan bahawa kerajaan mestilah membuat persiapan yang sepenuhnya untuk mengekalkan kewaspadaan masyarakat terhadap kemungkinan munculnya ekstremis yang merancangkan peristiwa keganasan dalam apa jua bentuk.

Pada masa yang sama, ulama dan badan agama diharap mengambil langkah-langkah sewajarnya agar bersama-sama membanteras dan menyekat fahaman keagamaan ekstrem daripada menular dalam kalangan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China