Cari:
Konsulat Jeneral Ingati Warga China di Bali
2018-01-07 14:25:39 CRI Cetak

Konsulat Jenaral China di Denpasar, Indonesia mengingati warga China supaya menjaga keselamatan semasa kunjungan di pulau Bali semalam.

Taklimat yang dikeluarkan itu berkata, pada sebelah pagi 4 Januari lalu, seorang wanita warga China yang bermastautin di pulau Bali telah dibunuh di rumahnya yang terletak di Kuta Selatan. Konsulat Jeneral China setelah dimaklumi berita tersebut segera menghantar pegawai ke balai polis Bali untuk mengambil tahu keadaan berkenaan dan menggesa siasatan segera dijalankan bagi menangkap pembunuh.

Pihak Polis Bali menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan dengan pantas dan hasil berkenaan akan dimaklumkan kepada China dengan serta merta.

Konsulat Jenaral China di Denpasar mengeluarkan peringatan kepada warga China supaya meningkatkan kesedaran keselamatan ketika melancong di luar negeri dan memilih segera menghubungi pihaknya dan polis tempatan ketika menghadapi keadaan bahaya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China