Cari:
Majlis Penyampaian Anugerah "Saya dan Budaya China"
2018-01-08 13:23:59 CRI Cetak

Majlis penyampaian anugerah bagi pertandingan "Saya dan Budaya China" diadakan di Singapura semalam. Para pemenang telah berkongsi cerita masing-masing dengan beratus-ratus penduduk tempatan.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan China Singapura sempena sambutan ulang tahun kedua penubuhan pusat tersebut. Pertandingan gambar dan karya yang bertemakan "Saya dan Budaya China" menarik penyertaan banyak peserta. Pemenang-pemenang itu adalah dari Singapura, Malaysia, Perancis, dan lain-lain.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Baey Yam Keng, Kuasa Usaha Kedutaan Besar China ke Singapura, Fang Xinwen telah menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Baey Yam Keng berkata, sejak penubuhan Pusat Kebudayan China Singapura dua tahun yang lalu, pusat itu telah memberi sokongan kukuh kepada interaksi artis dan pertubuhan kedua-dua negara, meningkatkan komunikasi dan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan dan kesenian serta menggalakkan persefahaman dan kepercayaan rakyat kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China