Pihak tentera Filipina mengesahkan bahawa seorang askar tentera kerajaan dan 9 anggota militan dibunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro, militan bersenjata antikerajaan di provinsi Maguindanao, selatan Filipina malam Sabtu lalu.
Menurut jurucakap tentera, tentera kerajaan bertempur dengan kira-kira 50 anggota militan yang berniat menyerang kem tentera pada pukul 7.00 malam. Pertempuran itu berlarutan sehingga larut malam. Selain sembilan anggota militan dibunuh, bakinya telah melarikan diri.
Terdapat beberapa kumpulan militan antikerajaan di kawasan selatan negara itu sejak 1970-an. Kini, Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro, Abu Sayyaf dan Maute masih melakukan kegiatan di kawasan itu.