Aktiviti "Perjalanan Media ASEAN ke China 2018" yang dianjurkan bersama-sama oleh Jabatan Pelancongan Negara China (CNTA) dan Radio Antarabangsa China (CRI) dilancarkan di Beijing semalam.
Difahamkan, rombongan media dari 9 negara ASEAN dan wartawan CRI akan membuat liputan di Shanghai, Hangzhou, Haerbin dan Xuexiang dalam lima hari nanti. Aktiviti tersebut bagi merumuskan dan melaporkan hasil kerjasama Tahun Pelancongan China-ASEAN 2017 dan mencari kerjasama yang baharu pada masa depan.
Pegawai CNTA, Zhang Xilong berkata, ASEAN dan China merupakan destinasi pelancongan penting antara satu sama lain. Peningkatan kerjasama China-ASEAN dalam bidang pelancongan amat bermakna bagi menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan dan perkembangan sosioekonomi kedua-dua pihak.
Tambah beliau, CNTA telah mengambil tindakan untuk menggalakkan kerjasama dan komunikasi China-ASEAN dan membina lingkaran pelancongan China-ASEAN.