Cari:
Rundingan Perdagangan Perusahaan China-Kemboja
2018-01-09 15:39:41 CRI Cetak

 

Rundingan Perdagangan dan juga Majlis Penandatanganan Perusahaan China-Kemboja anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perdagangan Kemboja diadakan di Phonm Penh, Kemboja bagi semalam. Kaunselor Perdagangan Jabatan Perdagangan Luar Kementerian Perdagangan China, Song Xianmao, Kaunselor Perdagangan Kedutaan Besar China ke Kemboja, Li An, Setiausaha Negara Kementerian Perdagangan Kemboja serta kira-kira 100 wakil dari kedua-dua negara menghadiri majlis tersebut.

Sebanyak 34 buah perjanjian perdagangan yang bernilai USD525.9 juta (RM2.1 bilion) ditandatangani dalam majlis tersebut. Perjanjian itu meliputi lada, kayu, buah-buahan, getah dan lain-lain.

Kemboja menyambut kedatangan delegasi perdagangan China dan berpendapat bahawa ini merupakan tindakan penting untuk mendorong hubungan perdagangan dua hala.

Delegasi perdagangan China terdiri daripada 14 perusahaan dalam bidang tekstil, perubatan, produk pertanian, petrokimia dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China